Tuesday, April 22, 2008

Batu Buluh

Batu Buluh juga di kenali sebagai Concretio Silicea Bambusae dalam bahasa saintifiknya atau Tian Zhu Huang di dalam perubatan Tradisional China.

Seorang pakar bedah tokoh perubatan islam Ibnu Sina juga telah menggunakannya yang mana pada ketika itu ia lebih di kenali sebagai Tabasheer. Di Malaysia, Indonesia dan China ahli – ahli herba yang pada ketika itu juga banyak mengunakannya dengan cara menghancurkannya menjadi serbuk.

Batu buluh juga merupakan ubat paling baik untuk penyakit bersangkutan dengan mata , demam panas, resdung , hindari gombang negetif atau penawar sengatan berbisa.

Process kejadian batu di dalam buluh atau di kawasan rumpun buluh, selalunya terjadi pada pokok buluh kasap . Ia terhasil daripada pergeseran atau luka di buku buluh dan meleleh turun ke permukaan bawah ruas. Dalam jangka masa panjang, cecair ini akan memenuhi ruas buluh dan selepas itu berlakulah process isolation, selama beberapa tahun ia menjadi keras


Specific graviti

kekerasan : 6

ketumpatan : 2.1

struktur kristal : Amor phaus

Jenis warna : hitam , belang-belang hijau dan putih

kandungan : garam dan air kapur

Saturday, April 12, 2008

Cincin Batu Permata Dan Teras Kayu Alam Nusantara

Cincin bertatahkan batu-batu permata beraneka warna. bertambah serinya apabila diikat dengan batu permata yang asli mengikut cita rasa si pemakainya yang menjadi sebahagian daripada warisan pusaka dan petua nenek moyang kita di Nusantara Melayu , Pembuatan seni lagi halus yang mempamirkan ketinggian seni pertukangan di Nusantara Melayu. Kesenian aslinya serta khasiat azimat pendinding , penyeri dan keterampilan jati dan beladiri ,Setiap kejadian di alam ini ada khasiat , hikmah dan hikmatnya